Fantastic Plastic Squad dilancarkan ke iOS dan Apple TV serentak harini, Google Play Store akan datang

Greg Goodrich (Bekas Penerbit Eksekutif – Ketua Studio Electronic Arts) yang terkenal dengan siri Medal Of Honour, memperkenalkan permainan mobil baru yang diberi nama Fantastic Plastic Squad, Permainan ini juga dilancarkan serentak kepada Apple TV dan ini adalah antara permainan ‘3rd Person View’ yang terawal dilancarkan di Apple Tv.

Fantastic Plastic Squad

Imej Vandal

Konsep suasana permainan adalah meletakkan anda berada pada zaman era 80’an dengan pelbagai, patung permainan yang hidup berinteraksi didalam medan peperangan, yang menariknya, setiap pemain boleh mengumpul watak hero dalam 3 dunia berbeza iaitu Cyber Squad, Herobot dan juga Glamazon, bukan itu sahaja, pemain juga boleh menambahnaik tahap kekuatan hero dengan bantuan pelbagai bahan elemen didalam permainan ini

Permainan ini juga menyokong kawalan tambahan MFI yang berfungsi sangat lancar. Saya menggunakan kawalan SteelSeries Stratus XL dan boleh merasakan kelancaran permainan ini lebih lancar berbanding Minecraft Pocket Edition. Tambahan lain pula adalah, segala simpanan proses permainan saya di iPhone dapat disambung terus ke Apple TV dengan bantuan GameCenter

Anda juga boleh bermain dalam mode multiplayer PVP berperang dengan pemain lain bersama iringan Squad anda namun anda hanya boleh mengawal 1 hero dalam 1 sesi PVP tersebut, Sila muat turun permainan tersebut di peranti ios anda dibawah dan sambung muat turun di Apple Tv di ruangan Purchases

icon
Fantastic Plastic SquadPound Sand LLCGamesPercumaMuat Turun
 

 

FantasticPlasticSquad

FantasticPlasticSquad