Persona 5, permainan RPG Atlus yang akan datang untuk PlayStation 3 dan PlayStation 4, sebelum ini dijadualkan untuk keluaran 2015 di Jepun dan Amerika Utara. Pada pengumuman pendapatan rasmi tahun 2015 baru-baru ini untuk SEGA SAMMY (syarikat yang memiliki Atlus), tarikh keluaran Persona 5 telah diumumkan diantara bulan Oktober dan Disember 2015 untuk pasaran di Jepun dan Amerika Utara.

Maklumat tarikh keluaran Persona 5 adalah jelas kerana SEGA kini mempunyai empat permainan untuk pasaran Jepun yang diumumkan bagi suku pertama dan kedua tahun fiskal 2016 mereka (termasuk, dari April hingga September 2015):

Hatsune Miku: Project Mirai Deluxe (3DS) [28 Mei , 2015].
Stella Glow (3DS) [4 Jun, 2015].
Alien Isolation (PS4/Xbox One) [11 Jun, 2015].
Persona 4: Dancing All Night (PS Vita) [25 Jun, 2015].

Sos Wasabi: http://personacentral.com/persona-5-release-window-revealed/