Pillars-of-Eternity

Pillar of Eternity adalah permainan komputer RPG dibangunkan oleh  Obsidian Entertainment dan diterbitkan oleh Paradox Interaktif. Ia telah dikeluarkan untuk Microsoft Windows, OS X dan Linux Mac. Permainan ini boleh dikatakan sebagai pengganti kepada permainan yang hebat Baldur’s Gate dan Icewind Dale, bersama-sama dengan permainan tahun 1999  Planescape: Torment. Ia bermula dari kempen crowd funding, yang berjaya mengumpul $ 4,163,208, crowd funding yang paling tinggi untutk permainan video pada Kickstarter. Permainan ini menggunakan enjin permainan Unity.

Permainan ini berlaku di dalam dunia fantasi Eora, terutamanya di dalam negara Dyrwood. Pada awal permainan, watak pemain yang mengalami kebangkitan kuasa yang berpunca daripada peristiwa bencana supernatural , dan mengetahui mereka adalah “Watcher”: seseorang yang boleh melihat roh dan kehidupan masa lalu. Pemain ini meneruskan usaha untuk mengetahui apa yang menyebabkan kebangkitan kuasa mereka.

Pillar of Eternity menerima pujian dari kritis dalam bidang permainan video apabila dipasarkan; banyak pengkritik memuji permainan itu kerana dunianya dan cerita yang mendalam, dan dengan pertempuran yang strategik,.The Escapist menulis kenyataan bahawa ia adalah permainan RPG isometrik yang terbaik yang dikeluar pada tahun ini.

1428672323-pillars-of-eternity-1

Pillar of Eternity memaparkan permainan taktikal berasaskan pada masa nyata (real time), tetapi boleh di pause, antara muka pengguna berbentuk isometrik dengan latar belakang pre-rendered dua dimensi, yang sama seperti yang permainan terdahulu seperti Baldur’s Gate , Icewind Dale dan Planescape:Torment. Ciri-ciri kelas dan mekanik permainan yang agak sama dengan Dungeons & Dragons, tetapi telah diubah untuk bersesuaian dengan permainan. Permainan ini tidak memberi ganjaran mata pengalaman (experience points) dengan membunuh musuh-musuh, tetapi hanya dengan melengkapkan quest dan menemui kawasan baru.

Permainan akan bermula dengan skrin penciptaan watak di mana pemain boleh memilih ciri – ciri untuk watak dimainkan oleh mereka, seperti penampilan fizikal, bangsa dan agama mereka. Pemain boleh memilih untuk bermain sebagai salah satu daripada sebelas kelas : fighter, paladin, ranger, wizard, druid, monk, priest, rogue, chanter dan cipher. Setiap daripada mereka membuat permainan yang berbeza. sebagai contoh, cipher boleh menggunakan roh musuh untuk menyerang mereka, dan Druid boleh bertukar menjadi binatang. Pemain boleh mengembara dengan sehingga lima watak lain daripada lapan watak yang lain. Watak-watak ini penuh dengan personaliti dan penampilan yang unik. Selain itu, pemain boleh menyewa ahli-ahli parti yang dicipta di tavern, tetapi dengan kos.

Pillars-of-Eternity-Druid

Permainan mempunyai side quests yang tidak berkaitan dengan plot utama, yang mempunyai cerita yang tersendiri dari karakter sokongan. Menurut penulis untuk Digital Spy, kebanyakan daripada adalah bukan fetch quests. Didalam permainan, protagonis boleh membina reputasi yang bergantung kepada tindakan mereka. Non-playable characters akan bertindak balas secara berbeza kepada pemain bergantung kepada tindakan pemain, dan ia juga boleh memberi kesan daripada peristiwa yang tertentu di dalam permainan. Permainan mempunyai mod peninjau di mana pemain boleh menyelinap, untuk membolehkan pemain untuk mengelak daripada dilihat oleh musuh. Semasa meninjau, pemain boleh melihat item dan perangkap yang tersembunyi, yang pemain boleh melucutkan senjata musuh dan digunakan terhadap mereka.

Kecederaan dari musuh kepada watak-watak pemain memberi kesan kepada endurance dan kesihatan. Walaupun endurance boleh menjana semula selepas pertempuran, kesihatan hanya boleh dipenuhi semula dengan berehat. Parti pemain boleh mendirikan khemah, atau berehat di tempat penginapan. Jika watak dalam parti mempunyai endurance mereka berkurangngan sehingga kosong, mereka akan tersingkir dalam pertempuran. Tetapi jika kesihatan mereka dikurangkan kepada kosong maka mereka akan mati dan tidak akan kembali dalam permainan untuk selama-lamanya.

poe_12

Pillar of Eternity merangkumi hampir segala sesuatu yang hebat tentang pengalaman old school RPG, dengan kualiti penulisan dan perhatian yang diberikan kepada setiap perincian. Yang paling penting,Pillar of Eternity membuka jalan bagi apa yang perlu menjadi satu siri RPG yang hebat dengan mercu tanda yang tersendiri. Ia memberi penghormatan kepada permainan klasik, membawa idea-idea yang hebat yang tersendiri, dan dalam proses ini, ia muncul sebagai klasik. Permainan seperti ini sentiasa tentang perjalanan, dan ia pasti perjalanan yang perlu diambil.

Pro: Plot yang menarik, cerita yang mengkagumkan, perlawan yang mencabar dan dunia yang terperinci

Kontra: Terdapat bug tetapi sedikit. Gameplay yang agak susah untuk dimahiri