MTI3MjM1MTU3ODA2NTg1MTA2

Bila kita fikirkan sebuah set komputer yang lengkap, kita akan bayangkan ianya bersaiz besar dan berat, berserta dengan wayar sana-sini, dengan monitor nya, dan papan kekunci dan tetikus lagi, ia bukanlah saiz mudah bagi pengguna untuk bawa kemana-mana, dan tidak mudah untuk dipasang. Tetapi Intel merasakan produk baru mereka ini boleh membantu anda untuk mendapat set komputer yang mudah-alih, mudah dipasang, dan boleh dibawa kemana sahaja.

Memperkenalkan Compute Stick dari Intel, ia bersaiz kecil seperti sebuah thumb drive, dan berupaya untuk menjadikan mana-mana set TV terkini kepada monitor komputer, dengan hanya dicucukkan kepada port USB pada TV.

Suatu ketika dahulu, ini mungkin hanya bayangan sebuah komputer di masa hadapan. Dan tak keterlaluan jikalau kami kata bahawa kita sekarang ini semestinya di masa hadapan tersebut.

Harga yang Intel letakkan bagi model Compute Stick ini adalah dibawah $USD200 sahaja, iaitu sekitar RM724 jika ditukar matawang. Caranya adalah anda perlu mendapatkan dahulu set TV atau sebarang model monitor, yang mempunyai port HDMI padanya.

Spesifikasi bagi Intel Compute Stick ini adalah cip pemproses Atom quad-core, RAM 2GB, storan dalaman 32GB, Wi-Fi 802.11b/g/n, Bluetooth versi 4.0, sebuah port HDMI, dan sebuah port USB 2.0. Terdapat model lagi padanya, iaitu sebuah dengan sistem operasi Windows versi 8.1, dan sebuah lagi model dengan sistem operasi Linux.

Intel telah membuka pra-jualannya sekarang, dengan model Windows hanya $USD150, iaitu bersamaan sekitar RM543, dan model Linux hanya $USD89 sahaja, iaitu bersamaan dengan harga sekitar RM322. Sangat murah harganya jika anda ingin mendapatkan komputer yang mahu melakukan kerja biasa, seperti menaip dokumen, atau melayari internet. Kedua-dua model ini akan mula dijual kepada umum bermula tarikh 6 Mei 2015.

Tiada pengumuman mengenai kemunculan model ini dipasaran Malaysia, namun orang zaman sekarang ni sudah biasa untuk mendapatkan barangan yang tiada di dijual disini dengan membelinya dalam talian.

Anda boleh membeli Intel Compute Stick melalui laman web Amazon, dan juga NewEgg.