Pengguna Android hari ini boleh bergembira kerana aplikasi terkenal iOS masakini iaitu Prisma, sudah boleh didapati di Google Play Store. Prisma merupakan sebuah aplikasi suntingan imej yang menukarkan gambar foto anda, kepada stail bentuk lukisan. Menurut pihak pembangun aplikasi tersebut, segala menu dan fungsi yang terdapat pada versi iOS juga akan terdapat pada versi Android.

Dengan jumlah gambar sebanyak 400 juta yang telah menggunakan Prisma ini, dan sebanyak 10.6 juta kali muat turun di iOS App Store, sudah pastinya aplikasi ini sangat dinanti-nantikan kemunculannya oleh para pengguna Android ketika ini.

PrismaPrisma Labs, inc. Fotografi PercumaMuat Turun