Hari perayaan Krimas semakin hampir. Bagi yang menyambutnya, tentulah ia adalah hari yang dinanti-nantikan. Sudah tentu sekali perkara pertama yang terfikir mengenai hari Krismas ialah HADIAH!!!

JIka anda masih lagi tercari-cari dan tidak dapat membuat keputusan, Logitech boleh membantu anda dengan menyenaraikan barangan terbaik dari mereka.

K480 | MYR 179

Walaupun penggunaan, peranti skrin sentuh seperti tablet dan telefon pintar bertambah, ada ketikanya, kita masih perlu , papan kekunci fizikal menaip dengan lama. Logitech K480 direka untuk berfunsi dengan bluetooth untuk berhubung dengan komputer riba, tablet dan telefon pintar, menukar antara peranti-peranti dengan hanya memutarkan dail yang berada sebelah penjuru atas kiri papan kekunci ini.

Logitech K480_4

Logitech K480_3 Logitech K480_2 Logitech K480_1

Ia sangat ideal bagi sesorang yang selalu menggunakan pelbagai peranti dengan serentak. Jadi sekarang anda boleh menaip dengan pantas dan selesa dan dengan mudah dapat menjawab mesej-mesej yang diterima dari telefon pintar anda tanpa mengangkat telefon tersebut.

MX Anywhere 2 | MYR 339

Walaupun dengan populariti skrin sentuh semakin meningkat, tetapi bagi kebanyakkan pengguna, tetikus adalah peranti input komputer yang utama. Ia memberikan keselesaan dan ketepatan kepada pengguna. Dan touchpad masih lagi tidak digemari kepada hampir semua pengguna. Ini ialah perkara yang diketahui oleh pengguna notebook sejak pertama kali touchpad  dicipta. Walaupun ia telah direka dan dibina sebaik mungkin, seperti yang terdapat pada MacBook, tetapi tetikus sentiasa lebih tepat dan lebih mudah diguna pakai.

mx-anywhere-2_3 mx-anywhere-2_2 mx-anywhere-2_1

Logitech telah mengeluarkan tetikus tanpa wayar paling canggih  mereka, Logitech MX Anywhere 2 Wireless Mobile Mouse. Ciri-ciri tetikus ini ialah dwi-sambungan, yang bermakna Logitech MX Anywhere 2 Wireless Mobile Mouse boleh disambung kepada komputer Windows atau Mac dengan termasuk Pico Unifying USB Receiver atau melalui teknologi Bluetooth Smart. Tetikus ini juga mempunyai sensor laser Darkfield yang berfungsi pada hampir mana-mana permukaan selagi ia adalah 4mm tebal. Ini bermakna bahawa MX Anywhere 2 boleh berfungsi di kebanyakan permukaan kaca dan berkilat. Ini bermakna pengguna boleh menggunakan tetikus ini di mana sahaja.

UE Boom | MYR 799

Ia bersaiz yang kompak, rekabentuk yang bergaya dan prestasi bunyi yang menakjubkan membuat Logitech UE Boom pilihan yang baik untuk speaker mudah alih. Bentuk Boom UE yang seperti silinder adalah salah satu perkara yang unik bagi UE Boom, Ia mempunyai salah satu reka bentuk keseluruhan elegen. Dan ia cukup kecil untuk disimpan ke dalam beg.

JPG 72 dpi (RGB)-104514_UE_Boom_Pink_FOB

Logitech mereka Boom UE dengan bentuk silinder kerana untuk menyampaikan bunyi 360 darjah. Dan ia menawarkan kualiti bunyi yang terbaik jika dibandingkan dengan harganya.

Logitech Bluetooth Audio Adapter | MYR 179

Ia adalah Bluetooth adapter yang kecil tetapi membolehkan anda bermain pelbagai peranti bluetooth melalui mana-mana Hi-Fi, stereo, audiophile atau sistem teater rumah atau pembesar suara. Ia juga berfungsi untuk bermain melalui mana-mana sambungan iPod atau di dalam kereta anda melalui input AUX. Peranti ini dengan serta-merta akan mengubah peralatan AV lama speaker seperti baharu.

speakers_logitech_bluetooth_audio_adapter-27038815-1

Logitech G310 Atlas Dawn Compact Mechanical Gaming Keyboard | MYR 499

Logitech G310 Atlas Dawn mempunyai reka bentuk tenkeyless – bermakna ia tidak mempunyai pad nombor papan kekunci, tetapi mengekalkan kekunci kursor dan dan butang Home dan mempunyai suis mekanikal Romer-G.

JPG 72 dpi (RGB)-G310_TOPDOWN_Space_US -1

Keyboard ini juga mempunyai back-lighting system yang boleh dilaras, sambungan telefon pintar bersepadu yang direka untuk digunakan dengan perisian Arx Control untuk menawarkan fungsi skrin kedua, dan ‘performance facet keycaps‘ yang mempunyai bentuk seperti bersudut direka untuk meningkatkan maklum balas sentuhan dan ketepatan di hujung jari.

Logitech G29 Gaming Wheel | MYR 1799

Apabila bercakap mengenai simulasi perlumbaan, tiada produk yang telah melakukannya lebih lama dan dengan jayanya selain daripada Logitech. Ia menawarkan pilihan yang berkualiti tinggi yang terdiri daripada MOMO Force Feedback Wheel ke kepada Driving Force GT dan G27 yang dikagumi.

JPG 72 dpi (RGB)-108100_G29_BOB_Wheel_Pedal

Logitech telah menggunakan sensor Hall Effect menggantikan sensor optik G27, Ia menggunakan pengecaman magnet untuk menjadikan stereng lebih tepat, G29 juga dilengkapi dengan ciri-ciri termasuk anti-backlash helical gearing, tangan dijahit kulit dibalut rim serta pendikit, brek dan pedal klac yang menggunakan keluli tahan karat

Logitech CW