Satu laman web Korea Gamefocus melaporkan bahawa Rockstar sedang membangun versi remastered Red Dead Redemption untuk PC, PlayStation 4, dan Xbox One.

big_thumb_2185dfae958a136fcff051e2015d3aa1

Ia bukanlah sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Banyak penerbit remastered perainan popular mereka dari generasi konsol lalu kepada pada sistem baru, termasuk syarikat 2K telah remastered permainan BioShocks yang akan keluar pada minggu depan.

6893721-red-dead-redemption

Tiada permainan genre Western action RPG sebagus seperti Red Dead Redemption dari Rockstar Games. Permainan ini dibangunkan untuk PlayStation 3 dan Xbox 360, Red Dead Redemption dalam ketika populariti masih tinggi turut menambah expansion pack yang dinamkan Red Dead Redemption: Undead Nightmare, dimana anda akan berlawan dengan zombie untuk melindungi keluarga anda.

red-dead-redemption-undead-nightmare

Berita yang menarik untuk pengguna PC, Red Dead Redemption juga dikatakan akan dikeluarkan untuk PC. Selepas enam tahun ketiadaan permainan ini pada PC, kini mungkin akhirnya pemain PC boleh menikmati permainan ini.

image_red_dead_redemption-11738-1780_0002

Walaupun berita ini telah berada di seluruh internet, tiada lagi berita rasmi telah ditetapkan tetapi dengan ketirisan peta yang didakwa untuk RDR remastered dan keperluan masa pembangunan permainan ini, menjadikan dirinya agak jelas bahawa permainan remastered ini mungkin dalam pembangunan dan akan muncul tidak lama lagi.

red-dead-redemption-wallpaper2