Aplikasi Waktu solat yang padat dengan pelbagai fungsi

Kebiasaanya aplikasi waktu solat di implikasikan bersama dengan fungsi penunjuk qiblat, namun aplikasi iman app ini bukan sahaja menunjukkan waktu solat dan penunjuk qiblat, namun ianya juga menawarkan fungsi carian makanan halal, carian masjid, pengira tasbih dan juga pelbagai penyesuaian reka mengikut citarasa anda

Waktu Solat

Iman App menawarkan waktu solat yang ditetapkan oleh JAKIM/MUIS/Indo/Brunei namun bukan itu sahaja, sekiranya anda berada di luar kawasan yang disenaraikan oleh penetapan JAKIM/MUIS/Indo/Brunei tadi, anda boleh menggunakan waktu solat mengikut pengiraan lokasi anda (misalnya di luar negara)

Fungsi Arah Kiblat dan Pengira Tasbih

Selain itu Iman App juga menawarkan fungsi carian arah kiblat, carian ini akan sekaligus menentukan lokasi terkini anda dan selain daripada rekabentuk yang minimal, anak panah penunjuk kiblat juga agak besar dan ia amat memudahkan anda. Pengira tasbih juga memaparkan angka yang besar dan ini juga memudahkan ketika anda berzikir

Fungsi Tambahan Carian Masjid/ Makanan Halal

Fungsi tambahan ini amat penting sekiranya anda seorang pengembara, ia memudahkan anda untuk mencari masjid/makanan halal dan bukan itu sahaja ianya membolehkan anda terus ke destinasi dengan menjadikan iphone anda sebagai GPS ke lokasi yang diingini

Fungsi PRO

Pada pendapat kami, fungsi pro ini sebagai tambahan untuk memudahkan penyesuaian anda, ia tidak menghalang fungsi2 utama seperti yang dimaklumkan diatas, namun fungsi widget ini amat membantu anda sekiranya anda pengguna iOS widget tegar, tapi alangkah bagus sekiranya baki waktu yang tinggal dipaparkan di widget tersebut

Iman App – APP Store