Kita sudah sedia maklum bahawa Mi 4i telah dilancarkan di Malaysia dan Redmi2 adalah peranti yang suda tersedia ada di pasaran, namun Redmi adalah gajet yang berharga hanya Rm449 dan ia merupakan peranti mampu milik berbanding Mi 4i

Reka Bentuk

Peranti ini mempunyai ketebalan sebanyak ? dan pada kami ianya cukup nipis bagi sesetengah golongan yang pentingkan keselesaan semasa memegangnya, bersaiz 134 x 67.2 x 9.4 mm dengan berat hanya 133gram sahaja

Paparan Skrin 

Saiz skin paparan Redmi adalah 4.7 Inci menggunakan paparan IPS HD, berdasarkan resolusi pada 1280 x 720, anda boleh melihat ketepatan dengan 312 PPI (Piksel Per-Inci),

Sistem Operasi (Os)

Menggunakan Sistem operasi MIUI6 dengan menggunakan Android 4.4, pada kami ini Os ini adalah ringan dan laju namun ianya bergantung kepada penggunaan anda, ianya dilengkapi Mi Cloud dimana anda boleh menyimpan data sms, nombor telefon, gambar dan pelbagai lagi sebanyak 5GB percuma

Prestasi

Berdasarkan Os MIUI 6 kami menampakkan ianya hanya menyediakan memori RAM pada 400mb sahaja ini kerana mungkin peranti ini mempunyai RAM 1GB sahaja,Storan peranti ini adalah 8GB sahaja namun anda diberikan slot memori tambahan sehingga ke 32GB, tambahan yang lain dengan 2 slot Mikro Sim disediakan

Bateri

Bateri kapasiti hanya 2200mAh dan ia mempunyai ciri-ciri pengecas pantas, dan mengikut pada penggunaan kami (ringan-ringan) menggunakan Facebook dan WhatsApp melalui rangkaian Wifi, ianya mampu bertahan hampir 2 hari

Kamera

Kamera belakang Redmi2 mempunyai lensa 8MP manakala kamera mempunyai lensa 2MP, kami tidak pakar mengenai ciri-ciri aperature, sensor dan semua bagai, namun kami rasakan kameranya agak tidak cantik sekiranya anda mempunyai kawasan lemah cahaya, namun jika anda berada dikawasan yang cerah gambar anda pasti cun

Harga

Harganya dalam lingkungan RM449 namun anda diberi diskaun sebanyak RM40 pada masa sekarang dan jika anda beli  atas talian, harga RM449 adalah harga termasuk GST dan kami rasakan berbaloi

IMG_6572.JPG