11421767_1135735579785491_1077571028_n

Sejarah produk Surface dari Microsoft adalah sangat menarik untuk dilihat. Ia pertama kali dilancarkan pada bulan Oktober 2012 diberi nama Surface RT dan ia menerima kritikan dari pelbagai pihak, membuatkan Surface baru muncul dengan lebih cepat untuk mengantikannya. Surface Pro 3 akhirnya telah memberi Microsoft dengan sesuatu yang pengkritik dan pengguna suka, dan jualan telah meningkat sejak Surface Pro 3 telah dilancarkan pada 20 Mei 2014. Sekarang Surface 3 telah muncul, siri yang ketiga dalam siri Surface yang lebih murah. Ia mungkin kelihatan serupa dengan produk sebelumnya, ia sebenarnya peranti yang berbeza sekali . Bermula dengan harga RM1879 Surface 3 boleh menjalankan semua program Windows yang anda digunakan, bukan sahaja aplikasi Windows 8. Tetapi Surface 3 bukanlah peranti yang boleh dikatakan berkuasa tinggi, anda mungkin akan perlu menunggu Surface Pro 4 yang dilancarkan bersama-sama dengan Windows 10 untuk itu.

11358879_1135735456452170_1862530385_n (1)

Surface 3 mempunyai beberapa penambah baikan yang menakjubkan untuk reka bentuk luaran dan dalaman. Peranti ini menggunakan Windows x86 yang disokong oleh SoC baru. Surface 3 dikuasakan oleh 14nm Intel Atom X7, iaitu model X7-Z8700 dimana ia adalah model tertinggi dalam barisan pemproses Atom . Ia juga berasaskan Cherry Trail, versi terkini platform Intel Atom. Ia sepatutnya memberi prestasi dan kecekapan yang lebih tinggi daripada mana-mana peranti Atom sebelumnya.

Perbezaan Microsoft Surface
Surface 3 (Model Asas) Surface 3 (Model Tinggi) Surface 2
Saiz 10.52 x 7.36 x 0.34 inci
267 x 187 x 8.7 mm
10.81 x 6.79 x 0.35 inci
275 x 173 x 8.8 mm
Berat 1.37 lbs – 622 g 1.49 lbs – 675 g
Paparan 10.8-inci ClearType Full HD Plus
1920×1280 resolusi, 3:2 ratio
10-point pelbagai sentuh
Menyokong Surface Pen
10.6-inci ClearType Full HD 1920 x 1080 resolusi, 16:9 ratio
5-point pelbagai sentuh
Bateri 28 Wh, 13 W AC Adapter 31.5 Wh, 24 W AC Adapter
Storan 64GB 128GB 32GB or 64GB eMMC
RAM 2GB 4GB 2GB
CPU Atom x7-Z8700
Quad Core 14nm
1.6 GHz Base Frekuensi
2.4 GHz Burst Frekuensi
NVIDIA Tegra 4
4x ARM Cortex-A15 @1.7GHz
WiFi Marvell 802.11ac + BT 4.0
LTE Models akan diumumkan
802.11n + BT 4.0
Ports USB 3.0, Mini-DisplayPort, microSD,
Pengecaj Micro USB, 3.5mm Headset Jack
USB 3.0, micro-HDMI, microSD, pengecasan proprietari
Perisian Windows 8.1
Office 365 Personal dengan 1TB OneDrive (1-tahun)
Windows RT 8.1
Office 2013 RT Home & Student Edition
Kamera Hadapan 3.5 MP 3.5 MP
Kamera Belakang 8.0 MP denganAutofocus 5.0 MP
Sistem Operasi Windows 8.1 64-bit Windows RT 8.1
Waranti 1-tahun 1-tahun
Harga (Anggaran) RM1879 RM2389 RM1399-RM1699

Reka Bentuk

11350135_1135735509785498_903759119_n

11131729_1135735476452168_166278784_n

Apabila dibandingkan Surface 3 sebelah-menyebelah dengan Surface sebelumnya , ia sukar untuk mengetahui model baru dari yang lama. Perbezaan utama adalah lokasi butang kuasa dan kelantangan. Pada model lama ia ditempatkan berjauhan antara satu dengan yang lain dan butang-butang selalu ini selalu salah tertekan. Kini mereka di letakan berhampiran, dan di bahagian atas Surface 3 apabila ia digunakan sebagai komputer riba, bagi mengelakkan butang-butang tidak disengajakan tertekan. Jurutera Microsoft juga telah mengurangkan saiz jalur plastik yang menempatkan antena tanpa wayar.

11120596_1135735486452167_1065524775_n

Ia masih mempunyai kerangka magnesium yang sama seperti dahulu yang berasa kukuh apabila di tangan. Ia tidak seperti rasa aluminium, dan saya mendapati bahawa tekstur Surface 3 memberikan cengkaman, tidak seperti beberapa peranti lain.

Ia nyata lebih berat daripada tablet seperti iPad 2 Air dan Dell Venue 8 7000. Dan ia ringan sedikit dari Surface 2. Ketebalannya telah menurun dengan hanya beberapa milimeter dan berat juga telah menurun tetapi hanya beberapa gram.

11116022_1135754586450257_1938161714_n
Perubahan kecil juga boleh didapati di kickstand, jika anda perasan. Model baru menyokong tiga kedudukan, dan bukannya dua. Yang pertama adalah hampir tegak, kedua senget lebih dari kedudukan pertama, dan akhir meletakkan tablet hampir 45 darjah.

 

 

Paparan

11330487_1135735589785490_129765412_n

Microsoft sejak dahulu lagi telah memasukan paparan yang bagus ke dalam peranti Surface, dan trend ini berterusan dengan Surface 3. Ia mempunyai LCD 10.8-inci dengan resolusi 1920 x 1280 yang terang, tajam dan berwarna-warni. Ia tidak setajam Retina skrin iPad Air 2, atau skrin Quad HD Galaxy Tab Samsung S, tetapi ia adalah satu paparan yang tajam untuk bacaan, melihat gambar dan juga menonton filem. Tetapi jika anda mempunyai masalah untuk membaca teks bersaiz kecil, sila ambil perhatian: resolusi yang tinggi di Surface 3 akan membuat beberapa laman web dan program sukar untuk dibaca. Bersedia untuk besarkan saiz teks dalam tetapan sistem dan pelayar anda.

Paparan Surface 3 adalah salah satu peranti yang amat terang, mencecah 416 cd / m2 (atau nits) apabila diukur dengan i1Display Pro colorimeter. Paparan yang terang merupakan ciri biasa yang terdapat pada Microsoft Surface sejak Surface 2, dan ia adalah satu kriteria di mana Surface 3 tidak mengecewakan.

Ports

11329631_1135735463118836_548085571_n

Surface 3 mempunyai banyak port daripada apa yang anda perlukan, termasuk port MiniDisplay, pembaca kad microSD, jack alat dengar, cover port dan mengecas mikro-USB . Microsoft tidak memasukan port USB Type-C pada masa ini, dan hanya menggunakan port USB 3.0 di sebelah kanan. Ia adalah keputusan yang wajar diberikan kerana sasaran pembeli Surface 3 adalah pembeli dalam bajet dan sesiapa sahaja yang memerlukan untuk menyambung pelbagai peranti lain yang berada dipasaran.

Microsoft terdahulu menggunakan penyambung pengecasan proprietari pada semua peranti Surface. Surface RT yang pertama mempunyai pengecas magnet yang akan melekat ke peranti, dan menyala apabila digunakan. Ia juga boleh diterbalik, jadi anda boleh menyambung dengan mana- mana arah. Surface RT mempunyai beberapa isu dengan sambungan, dan mereka merubah reka bentuk tersebut. Walau bagaimanapun, bagi Surface 3, mereka telah membuang penyambung tersebut dan menggunakan penyambung mikro USB.

Pengecas

11418207_1135735516452164_1823534520_n

Penggunaan mikro-USB mempunyai beberapa kelebihan dan kelemahan. Kelebihannya ialah anda kini boleh menggunakan Surface 3 dengan mana-mana wayar telefon pintar anda (hanya Apple tidak menggunakan mikro-USB) . Kelemahannya adalah secara umumnya kuasa pengecasan mikro-USB adalah terhad kepada hanya beberapa watt. Pengecas telefon biasa hanya lima watt, dan segelintir model yang bagus boleh menjadi sepuluh watt. Surface 3 dilengkapi dengan pengecas tiga belas watt. Waktu mengecas dari caj kosong hingga penuh biasanya dalam masa 5 setengah jam.

Jangka Hayat Bateri

Bagi sesebuah tablet, jangka hayat bateri adalah perkara yang penting untuk menjadi pakej yang lengkap. Tablet tidak sepatutnya dipasang pada plug sepanjang masa untuk penggunaan biasa. PadaSurface 3, ia mempunyai bateri 28 Wh yang boleh digunakan apabila tidak diplug ke dinding. Ia kurang sedikit daripada 42 bateri Wh yang berada didalam Surface Pro3, tetapi dengan CPU yang kurang berkuasa, dan paparan yang lebih kecil sedikit, ia adalah mencukupi.

Microsoft mendakwa jangka hayat baterinya adalah kira-kira 10 jam. Ia satu penurunan dari Surface 2, yang mempunyai jangka hayat 14 jam dan 22 minit dalam ujian kami. Namun, ia mencukupi bagi sebahagian besar hari bekerja saya, bermula pada pukul 9 pagi dan sehingga caj yang terakhir pada pukul 4 petang

Prestasi

Di atas kertas, CPU Atom di Surface 3 menunjukkan bahawa ia tidak akan sepadan dengan kuasa dari komputer riba atau tablet yang menggunakan cip Intel Core, tetapi jika aktiviti penggunaan anda tidak begitu berat, peranti ini sesuai untuk anda.

Untuk ringkasan Surface 3, ia menggunakan model terbaru Intel Atom 14nm. Atom X7-Z8700 adalah pemproses quad-core dengan frekuensi asas 1.6 GHz. CPU ini boleh pergi sehingga maksimum sebanyak 2.4 GHz, dan semua ini dilakukan dalam 2 watt Scenario Design Power.

PCMARK7 3DMARK06 3DMARK11 KELAJUAN TERTINGGI CAKERA
Microsoft Surface 3 (1.6GHz Atom x7-Z8700, Intel HD Graphics) 2,839 3,920 E941 / P552 163 MB/s (baca);39.2 MB/s (tulis)
Microsoft Surface Pro 3 (1.9GHz Core i5-4300U, Intel HD 4400) 5,024 5,053 E1,313 / P984 555 MB/s (baca);252 MB/s (tulis)
HP Spectre x360 (2015, 2.2GHz Intel Core i5-5200U, Intel HD 5500) 4,965 8,810 E1,667 / P932 / X265 555 MB/s (baca);270 MB/s (tulis)
Microsoft Surface Pro 2 (1.6GHz Core i5-4200U, Intel HD 4400) 4,922 6,236 E1,906 / P997 / X303 534 MB/s (baca);167 MB/s (tulis)
HP Spectre 13 Ultrabook (1.6GHz Core i5-4200U, Intel HD 4400) 4,786 6,005 E1,837 / P962 / X293 527 MB/s (baca);327 MB/s (tulis)
Lenovo Yoga 3 Pro (1.1GHz Intel M-5Y70, Intel HD 5300) 4,699 4,734 E1,076 / P595 / X175 554 MB/s (baca);261 MB/s (tulis)
HP Stream 11 (2.16Ghz Intel Celeron N2840, Intel HD) 2,607 N/A E374 168 MB/s (baca);72 MB/s (tulis)

Secara keseluruhan, X7 Atom adalah satu tahap lebih berkuasa dari pemproses Atom dari generasi sebelumnya yang kita lihat dalam Chromebook. Saya dapat membuka Firefox dan Chrome, kedua-duanya dibuka dengaan berbilang tetingkap dan tab, bersama-sama dengan Spotify dan Skype tanpa berasa sebarang kelembapan ketara. Melancarkan aplikasi baru terasa cepat, dan saya tidak mempunyai apa-apa isu jika menggunakan pelbagai aplikasi serentak didalam Windows 8.1 ini. Satu perkara yang saya perlu perhatikan adalah aplikasi web yang kompleks seperti TweetDeck akan menggunakan terlalu banyak RAM dalam Chrome – tetapi itu juga sesuatu yang berlaku dengan pada desktop dan laptop saya. Dan seperti yang anda boleh nampak dari tanda aras atas, kelajuan cakera Surface 3 tidak setanding dengan komputer riba yang lebih kuat.

Kamera dan kamera web

Surface 3 mempunyai dua webcam – 8MP bagi kamera belakang dengan autofocus dan kamera hadapan mempunyai 3.5MP. Kamera belakang mengambil gambar yang agak bagus, jelas dan penuh warna, dan kamera menghadap ke hadapan adalah lebih daripada mencukupi untuk Skype dan komunikasi dalam talian yang lain. Surface 3 tidak akan menggantikan telefon pintar anda sebagai camera utama anda, tetapi ia cukup baik untuk digunakan bila perlu.

Papan kekunci

11297868_1135735583118824_1756537740_n

Satu lagi ciri utama Surface sejak pelancaran pertamanya ialah papan kekunci magnet. Peranti generasi pertama mempunyai papan kekunci sentuh, atau mempunyai kekunci mekanikal tetapi lebih tebal sedikit. Memandangkan perbezaan kecil dari segi saiz dan berat antara kedua-dua papan kekunci tersebut  dan tiada siapa yang mengemari menggunakan papan kekunci sentuh, jadi papan kekunci mekanikal yang menjadi pilihan pengguna.

Jika anda baru mengenali Surface, papan kekunci magnet melekat bahagian bawah peranti, dan boleh digunakan sebagai penutup skrin apabila peranti tidak digunakan. Apabila dalam mod tablet, papan kekunci yang boleh dilipat di belakang seperti cover tablet biasa. Anda boleh meletak Surface dengan menggunakan kickstand, dan papan kekunci dan tablet ini boleh digunakan sebagai komputer riba.

Jika anda tidak pernah menjadi meminati papan kekunci Microsoft’s Type Cover pada masa lalu, anda mungkin tidak akan kagum dengan papan kekunci Surface 3 ini. Kerana tiada penambah baikan yang ketara berlaku dan hanya penambahan lampu LED di bawah suis papan kekunci. Ia adalah lebih kecil daripada Surface Pro 3 itu, ia kerana untuk menutupi paparan Surface 3 yang lebih kecil, tetapi ia berfungsi seperti papan kekunci yang terdahulu.

Pen Surface 

microsoft-surface-pro-3-stylus-buttons-1500x1000

Pen Surface 3 mempunyai 256 tahap sensitiviti tekanan yang membolehkan anda menekan lebih kuat pada paparan untuk membuat ketebalan garisan yang berbeza. Terdapat lag sedikit apabila pen digunakan pada skrin. Ia adalah mudah dan pantas untuk menulis nota pada kadar biasa tetapi tindak balas adalah agak perlahan

Kata-Kata Akhir

Surface 3 adalah pengganti Surface 2 yang bersesuaian, dan alternatif kepada Surface Pro 3 jika anda tidak memerlukan kuasa pemprosesan Core. Memaparkan, paparan yang terang dan jelas, permukaan magnesium aloi yang menawan. Surface 3 adalah lebih baik daripada peranti yang digantikannya dalam pelbagai kriteria.