Monitor ultra wide 21: 9 dikatakan semakin popular untuk untuk produktiviti dan permainan. Keluasan paparannya, yang pada  kebiasan pada 34 inci atau 35 inci, boleh menawarkan tahap immersion dan pengalaman permainan yang menakjubkan. Tetapi Samsung dikatakan sedang mereka monitor yang lebih lebar lagi.

Samsung dilaporkan akan mengeluarkan monitor pada nisbah aspek 32: 9 ultra wide, secara rasmi dikenali sebagai ‘double full HD” (DFHD), menurut TFTCentral. Panel monitor ini dengan kelebaran 49-inci, dengan resolusi 3840×1080. Ia pada dasarnya sama dengan dua monitor 27 inci 1080p digabungkan menjadi satu monitor.

Monitor 49 inci ini akan mempunyai refresh rate 144Hz dan kelengkungan 1800R. Monitor ini juga akan menyokong sama ada G-Sync atau FreeSync, bergantung kepada pelaksanaan vendor tertentu. Ia juga menggunakan teknologi VA, pada nisbah kontras statik 5000: 1.

TFT Central melaporkan monitor ini akan berada dalam proses pembuatan pada sekitar bulan September 2017, ini bermaksud monitor ini mungkin akan dilancarkan pada akhir 2017 atau awal 2018.