Samsung mengumumkan barisan baru model telefon pintar dalam majlis Unpacked mereka malam semalam. Model yang diumumkan itu adalah Galaxy Note 5, dan Galaxy S6 Edge+.

635750557347262334-IMG-8409

Samsung memanggil model Galaxy S6 Edge+ sebagai peranti untuk multimedia, sementara Galaxy Note 5 sebagai peranti dengan pelbagai kegunaan. Ciri Apps Edge membolehkan pengguna Galaxy S6 Edge+ mendapat capaian mudah kepada aplikasi kegemaran mereka, manakala People Edge memudahkan pengguna mendapat akses kepada simpanan nombor talian lebih pantas. Bagi Galaxy Note 5 pula, perkakas S Pen telah ditambah-baik fungsinya, kini pengguna boleh menulis nota atau idea kepada peranti walaupun skrin telefon sedang padam.

Walaupun Samsung melancarkan dua model telefon pintar dengan sasaran yang berbeza, namun sebenarnya spesifikasinya lebih kurang sama. Kedua-dua model mempunyai saiz skrin 5.7 inci dengan paparan resolusi Quad HD Super AMOLED, RAM 4GB, dan cip pemproses teras octa 64-bit Exynos 7420. Terdapat juga kamera pandangan belakang 16 megapiksel, kamera pandangan hadapan 5 megapiksel, dan bateri berkapasiti 3,000 mAh.

Peranti itu juga mempunyai ciri pengecas yang pantas, malah pengecasan tanpa wayarnya juga pantas, sambungan rangkaian Wi-Fi A/C, BlueTooth versi 4.0, dan pilihan storan dalaman 32GB, dan 64GB. Model-model ini diumum akan mula boleh didapati, bermula 21 Ogos 2015.

Samsung juga mengumumkan cangkerang untuk papan kekunci, dimana pengguna boleh bersambungkan ia dengan telefon pintar anda, dan menjadikan ia serupa seperti peranti BlackBerry, dengan saiz skrin phablet 5.7 inci.

note5-23.0

Ianya akan terdapat satu sahaja model untuk kedua-dua Galaxy S6 Edge+ dan Galaxy Note 5, namun tiada pula harga diumumkan setakat ini. Namun mengikut sumber dari beberapa tempat mengatakan, harga bagi cangkerang papan kekunci itu mungkin dijual pada harga sekitar $USD60.