gear-s2

Walaupun Samsung mengadakan acara mereka sendiri untuk Galaxy Note 5 dan Galaxy S6 Edge+, namun acara IFA akan datang mereka pasti akan hadir lagi. Cumanya selepas itu ianya bukan tentang pelancaran model telefon baru, sebaliknya mereka memberi petunjuk dengan model jam tangan pintar baru Gear S2, yang bakal diperkenalkan pada majlis IFA di Berlin pada tarikh 3 September nanti.

Seperti yang didedahkan dalam beberapa maklumat tiris yang lepas, jam tangan pintar baru dari Samsung itu bakal berbentuk bulat, dan dibangun menggunakan logam untuk rekabentuknya. Dari apa yang dipertontonkan kepada umum malam semalam, Samsung kelihatan seperti akan menggunakan sistem operasi Tizen pada model jam tangan mereka, dan bukan Android Wear untuk sistem operasi pemakaian dari Google.

cmtlxctxaaaejbr-1

Melalui foto yang kami letakkan di atas, bentuk paparannya adalah seperti pada jam analog, dengan informasi dengupan jantung oleh pemakai, dan senarai acara pada kalendar pengguna di masa akan datang.

Kami tidak pasti samada jam tangan pintar Gear S2 ini hanya akan menyokong model telefon dari Samsung Galaxy sahaja, atau model-model peranti lain dengan sistem operasi Android, atau boleh menyokong lebih daripada itu.