Syarikat Samsung yang baru sahaja mengumumkan Galaxy S8, tetapi syarikat dari Seoul Korea Selatan ini dikatakan sedang menguji prototaip telefon pintar yang mempunyai 2 skrin. Mengikut  ET News dan The Investor,

The Next Web

Telefon dua skrin tidak ditujukan untuk pasaran pengguna untuk waktu ini, sebaliknya ia akan menjadi ujian untuk Samsung untuk meneroka potensi telefon pintar dilipat. Samsung akan mula menghasilkan prototaip telefon pintar dua skrin dalam bilangan yang terhad tahun ini. Syarikat ini merancang untuk menghasilkan 2,000 hingga 3,000 prototaip telefon pintar dua skrin dan telah mengarahkan pihak pembuat komponen berkaitan untuk melengkapkan prototaip tersebut.

Prototaip dilaporkan akan dibina dengan komponen sepasang paparan OLED 5 inci yang boleh dilipat 180 darjah dengan sambungan engsel ditengah. Ia bukan reka bentuk yang baru. Rekaan prototaip ini kelihatan hampir sama dengan telefon NEC Medias W N-05E dan Kyocera Echo.

The Verge

Tetapi jangan mengharap pelancaran dan jualan telefon pintar ini akan dipasaran tidak lama lagi. Pada bulan April, jurutera utama Samsung Display, Kim Tae-woong berkata, syarikat berkenaan sedang menumpukan pada teknologi paparan tiada bezel. “Because the bezel-free display current sells well, we still have enough time to develop foldable displays,” Kim memberitahu The Verge. Samsung merasakan tahun 2019 adalah sebagai tahun yang sesuai untuk mengkomersialkan telefon pintar dua skrin yang boleh dilipat.

engadget

Samsung memang dikatakan telah lama mendekati pendekatan teknologi telefon pintar dengan paparan yang boleh dilipat sepenuhnya. Tetapi, paparan yang boleh dilipat atau bengkok tidak bersedia untuk pengeluaran lagi. Sekarang teknologi ini wujud hanya sebagai alat penyelidikan dan prototaip.

Digital Trends