Samsung-Flexible-Smartwatch

Terdapat konflik antara Samsung dan Apple sebelum ini yang menyatakan pihak syarikat dari Korea tersebut telah meniru bentuk telefon pintar mereka. Tahun demi tahun berlalu, namun tuduhan tersebut masih lagi tidak berganjak, kerana kalau dibandingkan dua model telefon tersebut, tampak seolah Samsung masih lagi meniru pesaing utama mereka itu.

Namun dalam masa yang sama, Samsung cuba membaiki imej tersebut, dengan mempatenkan banyak idea peranti mereka akan datang, yang menunjukkan bahawa syarikat tersebut mempunyai visi dan idea untuk menghasilkan sesuatu yang baru kepada industri.

Akhir tahun lepas, Samsung telah mendaftar bentuk paten yang kelihatan seperti peranti gelang tangan, namun tidak diketahui apakah yang mereka sedang rancangkan. Paten kadangkala adalah paparan idea oleh syarikat, untuk membangunkan sesuatu dari bentuk sepertinya. Kami boleh andaikan rupa bentuk tersebut sebagai sebuah jam tangan pintar untuk pengguna, yang mungkin merupakan generasi akan datang bagi siri Galaxy Gear.

Menariknya dengan bentuk yang didaftarkan tersebut adalah berbentuk melengkung, dan ini pastinya kelihatan menarik kepada si pemakai. Lagipun Samsung sudah mempunyai teknologi untuk paparan yang boleh dilenturkan, dan mereka pernah menunjukkan demo mereka pada beberapa majlis teknologi yang lepas.

Apapun, kita harapkan agar ada sesuatu yang menarik Samsung boleh hasilkan dari rekabentuk tersebut, untuk produk mereka di masa hadapan.

Samsung-Galaxy-Gear-Smartwatch-Price-Slashed-by-100-73-427037-2