Samsung hari ini telah menghantar jemputan kepada pihak media untuk majlis pelancarannya pada 13 Ogos ini di bandaraya New York. Dalam majlis itu, kita bakal melihat kepada pengumuman model telefon Galaxy Note 5, dan kemungkinan juga set realiti maya Gear VR sekaligus.

Terdapat imej tertiris sebelum ini yang telah menunjukkan hampir setiap permukaan pada peranti yang dikatakan Galaxy Note 5, namun adalah lebih baik kita tunggu sahaja pengumuman dari piha Samsung sendiri. Tidak pula pasti, samada mereka bakal perkenalkan juga model telefon Galaxy S6 Plus dalam majlis itu nanti.