Seagate baru sahaja mengumumkan SSD 60 TB, kapasiti SSD yang terbesar di dunia setakat ini. Malangnya, SSD ini hanya untuk perusahaan/pusat data, dan ia pasti mempunyai harga yang berada diluar jangkauan pengguna biasa.

cpcvxlgwgaag2qg

Dengan empat kali ganda kapasiti SSD yang terbesar sebelum ini, SSD ini mampu menampung sehingga 12,000 filem DVD atau 400 juta foto. Ia kini hanya sebuah prototaip, tetapi Seagate merancang untuk meletakkan ia ke dalam pengeluaran pada tahun depan.

Seagate 60TB Serial Attached SCSI (SAS) SSD memilih saiz biasa HDD 3.5 inci. Seagate rasakan faktor bentuk 3.5 inci berguna untuk menguruskan perubahan keperluan penyimpanan dalam pusat data kerana ia membuang keperluan untuk menyokong faktor bentuk yang berasingan untuk data panas dan sejuk. Seagate berkata, ia juga boleh meningkatkan jumlah kapasiti kepada 100TB dalam faktor bentuk yang sama.

Walaupun 60TB SSD mungkin nampak seperti terlalu melampau dan banyak dan kebanyakan server sekarang hanya menggunakan pemacu konvensional dan ia sudah mencukupi, tetapi Seagate membuat perancangan untuk masa depan yang apabila artificial intelligence dan cloud storage akan memerlukan pusat-pusat data akan berkeupayaan memproses dan mengendali jumlah data yang besar dengan cepat.

cpcvxlgwgaag2qg