Semenjak Sony PS4 mengikut jejak PC dengan menggunakan cip pemproses x86, ramai pemain dahagakan keupayan PS4 mereka untuk berpeluang menikmati permainan PC. Kumpulan OsirisX baru-baru ini telah menunjukkan demonstrasi Steam yang beroperasi di PS4 dengan combinasi JailBreak, Arch Linux dan sedikit bantuan perisian lain dari kumpulan Fail0verflow,

Ya! ianya berjalan lancar, Demo menunjukkan  permainan aksi-RPG Bastion yang beroperasi dengan kadar yang ok saja, OsirisX juga memaklumkan sesetengah permainan beroperasi lancar dengan setting grafik pada tahap sederhana kepada rendah.

Antara masalahnya adalah, modifikasi yang banyak, dan anda memerlukan sistem opersai Sony PS4 versi 1.76 (yang lama) untuk melaksanakan proses jailbreak serta keperluan untuk memasang sistem linux pada PS4 ini namun pada kami, ianya berbaloi kepada mereka yang sangat dahagakan permainan PC

Sumber – Engadget