Tales of Zestiria ( テ イ ル ズ オ ブ ゼ ス テ ィ リ ア, Teiruzu Obu Zesutiria) adalah sebuah permainan RPG Jepun (JRPG). Ia adalah permainan yang kelima belas dalam siri Tales, yang dibangunkan oleh Bandai Namco Studios dan tri-Crescendo, dan diterbitkan oleh Namco Bandai Entertainment. Ia telah dikeluarkan pada 22 Januari 2015 di Jepun pada PlayStation 3. Untuk pasaran negara barat, ia juga sedang dialihkan ke PlayStation 4 dan Microsoft Windows melalui Steam. Ia ditetapkan untuk pasaran pada 16 Oktober di Eropah dan Australia, dan 20 Oktober di Amerika Utara. Seperti entri terdahulu dalam siri Tales, permainan menggunakan pengubahan Linear Motion Sistem Pertempuran berasaskan tindakan, dengan unsur-unsur tambahan termasuk dunia terbuka yang boleh dijelajahi, dan keupayaan untuk watak-watak tertentu untuk menggabungkan menjadi satu entiti dalam pertempuran untuk serangan yang berkuasa.

gematsu.com

Versi Windows PC Tales of Zestiria akan menyokong sehingga resolusi 4K. Pilihan anti-aliasing akan berada pada tahap rendah, sederhana, dan tinggi, pilihan bayang-bayang, dan pilihan tekstur akan disediakan, untuk membolehkan grafik dipilih untuk menjadi lebih cantik dan tajam atau dikurangkan untuk memastikan prestasi permainan lancar. Versi komputer juga mempunyai draw distance yang lebih baik, bermula dari dua kali ganda daripada permainan versi PlayStation 3.

www.cenega.pl

Bandai Namco juga memberitahu frame rate untuk Tales of Zestiria versi Windows PC. Ia akan dikunci pada 30fps. Syarikat itu juga menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat selepas melihat kesan negatif jika frame rate dinaikan pada animasi dan pertempuran.

Tales of Zestiria akan dikeluarkan pada 20 Oktober di PlayStation 3, PlayStation 4, dan PC.

SAUCE

Tales-of-Zestiria-2