Untuk anda yang sentiasa mengikuti perkembangan teknologi PC, ia boleh menjadikan wang simpanan anda menjadi kosong dalam sekelip mata, dan jika anda mendapati diri anda menunggu perkakasan yang canggih pada masa akan datang, ia boleh memakan masa yang lama juga. Tetapi halangan seperti ini bagaimanapun kurang penting kepada pemain hardcore yang mempunyai wang yang botingkek-tingkek dan ingin mempunyai gaming laptop yang terbaru dan terpantas.

Jika orang itu adalah anda , MSI telah mengeluarkan gaming laptop yang terkini, iaitu GT72 6QE Dominator Pro G. Nama yang berbelit lidah menyebutnya jadi kita akan sebut GT72 sahaja selepas ini. Ia dikemaskini dengan pemproses Skylake Intel. GT72 merujuk kepada koleksi gaming laptop 17-inci MSI. Untuk pengatahuan anda MSI pada awal tahun ini telah mengeluarkan GT72 dengan pemproses Broadwell.

SPESIFIKASI

Processor
Intel Core i7-6820HK 2.7 GHz @ 3.7 GHz (Intel Core i7)

Grafik Kad
NVIDIA GeForce GTX 980M – 8192 MB, Core: 1038 MHz, Memory: 2500 MHz, GDDR5, ForceWare 353.96, Boleh bertukar secara manual kepada  HD Graphics 530

Memori
16384 MB , 2x 8 GB SO-DIMM DDR4-RAM (2133 MHz), 2 dari 4 slots telah diisi, maksimum. 64 GB

Paparan
17.3 inch 16:9, 1920×1080 pixel, LG Philips LP173WF4-SPF1 (LGD0469), IPS, Full HD, 30-75 Hz,

Mainboard
Intel Sunrise Point CM236

Storan
Toshiba NVMe THNSN5256GPU7, 256 GB, SSD + HGST Travelstar 7K1000 HTS721010A9E630, 1000 GB HDD @ 7200 rpm; slot: 2x M.2 SATA III, 2x M.2 PCIe/NVMe & 1x 2.5 inches

Berat
3.79 kg , Power Supply: 774 g

Harga
RM12,999

REKABENTUK

3

GT72 adalah sebuah komputer riba permainan yang kelihatan anggun, manakala bingkai 48mm tebal terasa besar pada standard terkini. Kualiti boleh dikatakan agak bagus tetapi hanya ditakat itu sahaja kerana rekabentuknya dipenuhi dengan plastik berselang dengan logam yang terasa tidak dipasang dengan kemas.

Bahagian permukaan dalaman kelihatan biasa pada mulanya, tetapi apabila backlighting papan kekunci diaktifkan, mata saya terpukau oleh lampu yang menyala dan bertukar warna. Dan disebelah kiri, anda akan melihat butang power, GPU, Kipas, XSplit GameCaster dan panel kawalan SteelSeries Engine.

PAPARAN

13

Paparan juga telah diupgrade, tetapi anda perlu siasat dengan teliti untuk mengetahui perbezaannya. Saiz paparan adalah sama pada 17.3 inci dan resolusi adalah juga tidak berubah pada 1920 x 1080 piksel, sedikit rendah untuk standard hari ini. Sekaran terdapat banyak komputer riba mempunyai paparan QHD dan ke atas. Apa yang perlu diberi perhatian di sini ialah bahawa MSI GT72S kini mempunyai paparan mampu G-Sync. Jika tidak tahu apakah itu G-Sync, secara ringkas, ia membantu mengurangkan paparan anda lag, tersangkut-sangkut dan tearing, dengan menjajarkan kadar refresh rate monitor sama dengan kadar draw rate GPU.

AUDIO

8
Dilengkapi dengan sepasang pembesar suara DYNAUDIO dan subwoofer, ruang tamu saya dipenuhi dengan bunyi bass yang mengegarkan

5

MSI telah dipasang dengan Nahimic, utiliti audio yang membolehkan pemain menukar antara tiga profil: Gaming, Music dan Movie. Saya menggunakan Gamingdan Music pada kebanyakan masa, kerana yang saya dapati bunyi untuk Movie agak rata untuk citarasa saya. Saya juga suka dengan keupayaan pengguna untuk tweak Bass Boost, Reverb dan Voice Clarity secara berasingan.

PAPAN KEKUNCI

10

MSI GT72S mempunyai papan kekunci yang apa MSI panggilkan “silver lining print”. Menurut mereka ,ia membolehkan lebih banyak backlight bersinar sambil mengurangkan silau. Secara jujur, saya tidak boleh membezakan sendiri, tetapi backlight papan kekunci sangat terang terutama dalam gelap.

11

STORAN

SSD NVMe adalah salah satu daya tarikan yang besar bagi GT72. Ia memberi prestasi yang mengagumkan di CrystalDiskMark. MSI mendakwa kelajuan sequential read yang melebihi 3GB / s, dan saya percaya dengan kenyataan tersebut memandangkan SSD tunggal daripada kelas yang sama boleh mencapai lebih daripada 2GB / s. Walau bagaimanapun, unit yang diberikan kepada saya hanya mempunyai satu 128GB SSD.

PORT

7

7

6

Komputer riba ini mempunyai pelbagai  I / O port. Di sebelah kiri komputer riba ini terdapat empat port USB 3.0, empat audio jack dan pembaca kad SD. Di sebelah kanan terdapat lagi dua USB 3.0 port dan satu penulis Blu-ray, dan ada lima lagi penyambung di belakang – satu port kuasa 230W , Gigabit Ethernet, HDMI 1.4, USB Type-C dan mini DisplayPort 1.2.

PRESTASI

Walaupun CPU dari platform Haswell itu masih dibina dalam bersaiz 22 nm, seni bina kedua-dua Broadwell dan Skylake adalah berdasarkan kepada 14 nm. Untuk meningkatkan prestasi pemproses, MSI menggunakan Core i7-6820HK yang mempunyai tambahan 2 MB cache L3, TDP yang agak rendah (45 vs 47 watt) dan kadar clock yang lebih baik sedikit (2.7-3.6 vs. 2.7-3.5 GHz) daripada Core i7-5700HQ .

Walau bagaimanapun, i7-6820HK boleh berjalan pada 3.7 GHz apabila Sport Mode diaktif. 3,7 GHz kekal dengan stabil dalam ujian dengan benchmark Cinebench R15 dan Unigine Heaven 4. Kadar clock hanya menurun kepada 3.3 atau 2.7 GHz selepas beberapa ketika dalam stress test, tetapi berdasarkan setting yang agak tidak realistik. Throttling, iaitu kelajuan di bawah kadar biasa, tidak pernah berlaku.

Walaupun pada harga tinggi, GeForce GTX 980M adalah pilihan pertama bagi gamers yang mementingkan prestasi. Model Nvidia ini cukup kuat untuk memainkan kebanyakan permainan dengan lancar walaupun menggunakan setting maksimum dan anti-aliasing. Dan jika selagi pengguna tidak keterlaluan dengan settingnya,ia adalah lebih mencukupi untuk 4K, iaitu 3840×2160 piksel. Hanya permainan seperti “Batman: Arkham Knight” memerlukan untuk desktop GPU .

Prestasinya adalah selaras dengan komputer riba 980M lain dalam tanda aras grafik sintetik. Dengan 8414 mata dalam ujian Fire Strike 3DMark 2013, mendapat markah 8414.

JANGKA HAYAT BATERI

GT72 jika dibiarkan hanya bertahan selama sekitar 1 – 4.5 jam tanpa power adapter apabila GeForce GTX 980M diaktifkan. Jangka hayat yang pendek ini sememangnya dijangkakan kerana ia mempunyai perkakasan yang gila kuasa.

KESIMPULAN

Peminat PC yang mampu untuk berada di pasaran untuk sebuah gaming laptop berprestasi tinggi mungkin mendapati diri mereka terpesona dengan spesifikasi GT72S Dominator Pro G.

Dengan berharga RM13,999 ia mempunyai spesifikasi seperti CPU Intel Skylake , GeForce GTX 980M, storan NVMe PCIe, 16GB memori DDR4, enam USB 3.0 port, USB Type-C dan paparan IPS G-Sync, ia sememangnya boleh mengalahkan berapa gaming laptop yang lain.