einvite_bloggers

Kami baru sahaja menerima jemputan media, kepada pelancaran pakej Unifi yang baru pada 19 Ogos ini, dengan mesej didalamnya yang berbunyi “Kepantasan hanyalah satu permulaan”, menandakan kita akan diperkenalkan sebuah atau mungkin lebih daripada satu pakej Unifi yang baru, samada untuk residen atau perniagaan, atau mungkin kedua-duanya sekali.

Bulan lepas, kita telah diberitahu bahawa pakej 30MB dan 50MB telah diperkenalkan kepada umum, mungkinkah pelancaran ini akan mempunyai kaitan dengannya? Atau mungkin tambahan baru kepada pakej Unifi mereka?

Sama-sama kita nantikan pada hari Rabu ini, segala informasi yang terkini dari majlis pelancaran Unifi baru itu nanti.