Jika anda seorang pengguna Twitter yang sentiasa merasakan 30 saat adalah terlalu pendek untuk video anda, jadi ini adalah berita baik untuk anda. Twitter baru sahaja menaikkan had bagi video sehingga 140 saat. Angka yang sepadan dengan had aksara untuk tweet yang biasa anda gunakan.

Twitter-Follow-Me-Video

Diumumkan pada hari ini, syarikat itu berkata dalam satu blog post, ia memutuskan untuk melanjutkan masa video kerana video “telah menjadi perkara utama di Twitter,” menyatakan bahawa tweet video pada platform ini telah meningkat lebih daripada 50 peratus sejak pada awal tahun ini.

Twitter juga membuat peningkatan yang ketara dengan bagaimana ia akan menonjolkan video yang berkaitan dengan pengguna untuk ditonton, salah satu langkah yang Twitter berharap akan membantu meningkatkan penglibatan pada platform ini. Tidak lama lagi, apabila anda sedang melihat tweet video pada timeline anda, anda akan melihat sekumpulan klip video yang berkaitan yang disenaraikan di bawah. Anda hanya perlu memilih video tersebut untuk ditonton.

Dengan syarikat-syarikat media sosial yang lain seperti Facebook yang nampaknya memasarkan ciri-ciri ini dengan lebih agresif, jadi ia tidak menghairankan jika Twitter bergerak ke arah yang sama. Instagram, juga memanjangkan had video mereka baru-baru ini, sehingga satu minit, meningkat daripada hanya 15 saat.

Twitter baru-baru ini mengumumkan akan mengambil alih Magic Pony yang berpangkalan di London untuk membantu kualiti video juga menandakan tumpuan semakin meningkat ke atas video, manakala Periscope dan Vine yang dimiliki Twitter juga boleh mendapat manfaat daripada pembelian tersebut.

SUMBER

1448898378_CmL0DalH63SQ1pS