image011

Semalam, U Mobile telah memperkenalkan pengstriman video tanpa had percuma kepada pengguna mereka yang diberi nama Video-Onz. Pengguna U Mobile sedia ada yang menggunakan pelan pakej P70, i90 dan i130 boleh menikmati pengstriman video secara percuma bermula serta merta pada bila-bila masa, bukannya pada waktu malam ataupun hujung minggu sahaja.

Bagi pengguna pascabayar dan prabayar yang lain, mereka akan mendapat lebihan data sebanyak 100% bagi menikmati pengstriman video tanpa had Video-Onz ini. Sebagai contoh, jika seseorang pengguna itu menggunakan pakej prabayar UMI30 yang memberi data sebanyak 1.5GB, mereka akan mendapat lebihan 1.5GB khas untuk Video-Onz.

Antara perkhidmatan pengstriman video yang ditawarkan termasuk YouTube, HyppTV, Viu, iFlix, Youku Tudou, Astro-on-the-go, Tonton, ErosNow, Herotalkies, OnFM dan Pocketimes.

Dalam pada itu, HyppTV menawarkan langganan percuma selama 2 bulan bagi pengguna U Mobile dan Viu juga menawarkan akses premium mereka selama 60 hari.

image010