Sewaktu permainan ini dikeluarkan kami telah menetapkan akan membuat satu ulasan mengenai permainan ini, sekiranya anda masih dalam dilema untuk mencuba permainan ini, kami mencadangkan anda untuk terus membaca artikel ini,

Konsep permainan

Permainan ini telah dilabelkan , sebagai open world, namun ianya agak besar meliputi 18 quintilion planet, anda boleh membentuk-kraf senjata, suit(baju keselamatan) dan juga alat untuk menaiktaraf pesawat anda, ianya satu keperluan utk proses perjalanan anda hingga ke tengah galaksi,

Mengapa ianya menarik

IMG_8943

 

Secara jujur bagi saya penggemar permainan minecraft, ianya hampir mempunyai element-element yang sama kraf peralatan dan juga terus hidup namun anda tidak perlu membina apa2, pada awal permainan ini saya agak teruja kerana jalan pengenalannya, anda mendarat di planet dan perlu mencari hasil galian untuk membaiki pesawat anda dan terbang demi meneruskan perjalanan ke tengah galaksi,

Namun anda memerlukan banyak galian untuk membentuk/kraf alat kelengkapan pesawat anda, kerana untuk melompat dari sistem ke sistem yang lain memerlukan kuasa hyperdrive yang tinggi, Dalam masa mencari galian itu anda perlu menaiktaraf exosuit anda dengan pelbagai ketahanan seperti ketahanan radiasi, toksid kepanasan dan pelbagai lagi, kerana setiap planet mempunyai pelbagai rintangan  persekitaran.

Antara rintangan yang bakal anda hadapi adalah makhluk/haiwan yang boleh menjadi agresif, oleh yang demikian anda juga perlu mencari gali untuk membina/kraf alat tambahan senjata untuk lebih kuat. makhluk asing juga boleh menjadi agresif sekiranya anda tidak berada dipihak mereka, namun anda boleh berbaik dengan mereka sekiranya anda memahami bahasa mereka. sentinel (robot polis) bakal menyerang anda sekiranya anda mengambil hasil planet mereka, disebabkan anda tidak berpihak kepada mereka.

Mengapa ianya membosankan

IMG_8946

Permainan ini hanya sebesar 4-5gb oleh yang demikian anda bakal menjumpai struktur bangunan tumbuh tumbuhan yang lebih kurang sama, bagi sesetengah golongan yang tidak suka proses ulang semula terbang-cari gali-teruskan hidup, permainan ini bukan untuk anda, Sekiranya anda peminat permainan online permainan ini juga bukan untuk anda kerana ianya masih tidak mempunyai elemen permainan online multiplayer.

Permainan ini juga tidak mempunyai quest list, anda diberikan tugasan, namun anda terpaksa bergantung pada paparan hud (bawah kanan) mengenai tugasan anda, itupun kadang-kadang paparanya hilang dan bertukar-tukar dengan pelbagai tugasan mini, ini boleh membuatkan anda keliru mengenai apa yang perlu anda lakukan.

Tambahan

IMG_8944

Namun bagi saya permainan ini tidak boleh dikategorikan permainan yang paling terbaik, namun ianya agak ok untuk bermain dan bagi saya, saya akan teruskan bermain sehingga menemui planet yang paling indah antara planet-planet yang telah saya takluki