Sesetengah dari kami sudah biasa bermain games di konsol atau komputer masing masing. Antara permainan yang sering dimainkan adalah jenis First Person Shooter (FPS) ataupun Role Playing Games (RPG). Tidak dinafikan bahawan permainan jenis ini adalah amat popular bagi remaja zaman ini.

DSC_5625

Dan kini MSI telah melancarkan komputer riba yang berkuasa tinggi khas untuk para gamers tegar. MSI Gaming Series GS70 Stealth adalah sebuah komputer riba yang kami rasakan amat sesuai untuk jenis permainan komputer masa kini. Walaupun ianya bersaiz agak besar, namun ianya tidak berat dan senang dibawa kemana-mana.

DSC_5638

MSI Gaming Series GS70 Stealth dianggap sebagai komputer yang agak premium kerana saiz yang agak besar dan mempunyai reka bentuk yang menarik. Papan kekuncinya juga akan menyala dengan pelbagai warna apabila dipasang. Warna yang ada pada papan kekunci ini boleh di tukar kepada warna lain mengikut citarasa penggunanya.

DSC_5617

Di bahagian atas papan kekunci pula terletak dua pembesar suara yang dibuat khas oleh Dynaudio yang dapat mengeluarkan bunyi yang berkualiti tinggi.

DSC_5619

Spesifikasi yang utama didalam komputer riba MSI GS70 Stealth ada pada chip pemprosesannya. Dikuasai oleh Intel Core i7-6700HQ bersama 16GB RAM, memang ternyatalah bahawa komputer riba ini dapat memberikan kuasa yang cukup apabila memainkan permainan jenis 3D. Kapasiti storan nya pula adalah 1TB, 7200rpm HDD dan disokong pula oleh 128GB storan SSD.

Disertakan bersama sistem operasi Windows 10 yang telah dikemas kini dan juga aplikasi dari MSI iaitu Dragon Gaming Centre yang membolehkan anda tentukan permainan apakah yang selalu dimainkan sebagai start-up shortcut.

Sistem pemprosesan grafik pula dikuasai oleh Nvidia GeForce GTX 970M 6GB GPU dengan paparan skrin bersaiz 17.3″ 1920 x 1080p definasi tinggi (HD).

DSC_5630

Pada bahagian luaran pula, GS70 Stealth tampak kemas dari segi rekabentuk keseluruhan nya. Disebelah kiri terdapat LAN, HDMI, 2 DisplayPort mini, 2 slot untuk USB 3.0 dan juga lubang untuk sistem audio.

DSC_5634

Manakala disebelah kanan pula, terdapat 2 slot USB, pembaca kad SDHC, power plug dan juga Kensington lock. Kedua-dua belah mempunyai lubang udara pada bahagian yang sama.

DSC_5631

Bahagian hadapan pula terletaknya lampu LED sebagai indikasi sistem seperti WiFi, Bluetooth, cas kuasa dan macam-macam lagi.

Secara keseluruhannya, komputer riba MSI GS70 Stealth ini amat sesuai bagi pengguna yang memerlukan kuasa grafik sepenuhnya seperti untuk aplikasi permainan dalam bentuk 3D atau bagi pereka grafik yang menggunakan aplikasi seperti Photoshop atau Illustrator. Bagi penggemar aplikasi video, komputer riba ini juga amat sesuai untuk pengubahsuaian video seperti aplikasi Adobe Premier.

MSI GS70 Stealth adalah komputer riba yang bersaiz agak besar tetapi ianya boleh dikatakan ringan. Sesiapa yang menggunakannya akan mengaku bahawa komputer riba ini amat portable dan boleh dibawa kemana-mana sahaja.

Dalam pada itu, penggunaan sel bateri tidak berapa bagus disebabkan GS70 hanya menggunakan bateri jenis 6-sel sahaja. Jadi ianya tidak sesuai untuk penggunaan jangka masa panjang.

Akhir kata, jika anda inginkan komputer riba yang berkuasa tinggi yang dapat memberi kepuasan gaming, MSI GS70 Stealth ini memang sesuai.

Untuk mengetahui produk ini dengan lebih lanjut, sila layari laman web MSI Malaysia.