University of California, Irvine hari ini mengumumkan bahawa ia akan menjadi universiti awam pertama di Amerika untuk melancarkan program esports biasiswa League of Legends bermula pada musim luruh tahun 2016.

leagueart.0.0

Riot Games akan menyokong langkah itu dengan membiayai sebuah kafe PC baru di kampus untuk semua pelajar gunakan. Cafe ini akan dibina dalam model kafe PC di Korea dan akan menawarkan “pengalaman premium League of Legends ,” walaubagaimanapun permainan lain turut akan disediakan juga.

Jika tawaran ini berjaya seperti yang diharapkan oleh Riot, pemaju permainan ini merancang untuk memperkenalkan ia kepada universiti-universiti lain yang berminat dan memulakan program biasiswa untuk permainan tersebut, dan Riot akan membantu membiayai untuk kafe PC tersebut.

LOLRiot-2-1080x720.0

Dan Mark Deppe, pengarah esports yang baru diumumkan kepada University of California, Irvine, percaya unversiti lain tidak lama lagi akan mengikut jejak mereka didalam permainan League of Legends dan esports amnya.

Tujuannya universiti adalah, Deppe berkata, bukan sahaja untuk menyokong League of Legends atau esports, tetapi untuk membina nama untuk UC Irvine sebagai salah satu daripada universiti yang paling gamer-friendly di negara ini.

Kita mahu menjadi sebuah universiti pilihan pertama untuk gamers, dan saya fikir kita dalah universiti untuk gamers dan esports terbaik di negara ini, maka kita boleh menarik ramai pelajar yang hebat. Biasiswa ini akan ditawarkan kepada 10 pelajar sehingga empat tahun di UC Irvine.

aurelion-sol-wallpaper.0

Universiti ini telah melancarkan biasiswa League of Legends pada tahun 2014 dan kini ia berkembang kepada lima biasiswa esports yang lain, termasuk Dota 2, Hearthstone, Counter-Strike: Global Offensive dan Heroes of the Storm.

SUMBER

lol