Beberapa hari selepas itu memperkenalkan sistem baru di mana pengguna Steam boleh membayar mod permainan, pemaju dan penerbit permainan video Valve telah mengeluarkan ciri tersebut, selepas menghadapi kritikan meluas daripada pemain-pemain PC. Didalam post di Steam’s Workshop ini, Alden Kroll dari Valve berkata mereka dari Valve “tidak memahami dengan tepat apa yang mereka lakukan” dengan memperkenalkan satu pilihan untuk mengenakan bayaran bagi mod ciptaan mereka.

steam-workshop-paid-mods-announcement

Valve pada mulanya menyediakan mod berbayar untuk The Elder Scrolls V: Skyrim dari Bethesda pada minggu lepas. Kroll berkata matlamat utama Valve adalah untuk “membolehkan pembuat mod berpeluang untuk membuat mod sepenuh masa jika mereka mahu,” dan untuk “menggalakkan pemaju menyediakan sokongan yang lebih baik kepada komuniti mod mereka.” Walaupun syarikat itu berkata hasratnya adalah untuk menyokong komuniti itu, ia “tidak mengambil berat tentang perbezaan antara model perkongsian hasil kami yang berjaya  sebelum ini, dan mod berbayar kepada bengkel Skyrim itu.

Pengguna yang membeli sudah mod akan diganti balik degan jumlah yang penuh. Valve tidak sepenuhnya menolak kemungkinan akan kembali kepada konsep mod berbayar – Kroll berkata syarikat itu percaya “ada ciri-ciri yang berguna disini” – tetapi berkata bahawa “memulakan perkara ini kepada komuniti modding Skyrim yang sudah lama membuat mod percuma adalah mungkin satu kesilapan yang tidak perlu diulangi”

steamworkshop_webupload_previewfile_430324898_preview