Pada bulan Julai yang lepas, CD Projekt Red mengesahkan bahawa permainan The Witcher 3: Wild Hunt akan dikeluarkan dalam versi Game of the Year, tetapi syarikat tersebut tidak mengatakan bila ia akan melancarkannya atau berapa harganya.

The_Witcher_3_Wild_Hunt_Some_creatures_will_be_more_prone_to_inflammation_than_others-The_Igni_sign_works_perfectly_on_the_fiend.0.0

The Witcher 3: Wild Hunt Game of the Year Edition dikeluarkan pada 30 Ogos telah diumumkan pemaju CD Projekt Red semalam. Ia boleh didapati pada harga USD$ 49.99 (RM200.00) pada Windows PC, PlayStation 4 dan Xbox One.

the-witcher-3-no-mans-land-screenshot_1920.0

Edisi Game of the Year ini akan mengandungi dua expansions Hearts of Stone dan Blood and Wine,  dan juga termasuk didalam versi ini ialah 16 DLC percuma yang CD Projekt Red telah keluarkan, termasuk seperti pakaian baru dan banyak lagi.

maxresdefault 2

The Witcher 3 telah dijual pada hampir 10 juta salinan sejak diterbitkan pada bulan Mei 2015. Secara ringkasnya, ia adalah permainan RPG yang paling hebat yang kami pernah main. The Witcher 3 sudah menjadi sebagai penanda aras yang digunakan untuk mengukur kesemua permainan fantasi RPG sekarang dan yang akan datang.

the-witcher-3-wild-hunt-wins-more-awards-than-any-game-in-history-902483

The Witcher 3 akan menjadi permainan terakhir yang membawa watak utama Geralt , tetapi tidak semestinya permainan terakhir dalam siri ini. Bermakna, mungkin akan muncul permainan The Witcher 4, tetapi watak utamanya bukan lagi Geralt of Rivia.

maxresdefault