gsmarena_001

Xiaomi telah mengumumkan peranti telefon pintar Redmi 2A di negara China dengan harga yang sangat menarik iaitu $USD97, atau sekitar RM359 sahaja. Peranti Redmi 2A ini menggunakan beberapa cip pemproses dari syarikat yang Xiaomi telah miliki pada tahun lepas.

Peranti Redmi 2A ini merupakan versi telefon pintar mampu milik dari versi asalnya, Redmi 2 yang berharga RM449 sahaja.

Peranti Xiaomi Redmi 2A ini menampilkan spesifikasi skrin bersaiz 4.7 inci dengan paparan resolusi 720p, dan menjalankan cip pemproses Leadcore L1860C, yang memberikan CPU 1.5GHz quad-core, dan GPU Mali T628MP2. Kamera pandangan hadapannya adalah 8 megapiksel, dan kamera pandangan belakang 2 megapiksel.

Telefon pintar Redmi 2A ini datang dengan rangkaian 4G LTE dengan dwi SIM dan menjalankan sistem operasi Android versi 5.0 Lollipop. Akhir sekali, bateri pada telefon pintar ini adalah 2,200 mAh.