youtube-gaming

Dinamakan sebagai YouTube Gaming, kini pengguna boleh strimkan video permainan dari telefon atau tablet mereka terus kepada YouTube, dan menjadikan kamera hadapannya sebagai kamera utama untuk muncul dan bercakap. Terdapat juga fungsi untuk penonton menderma dan melanggan secara bulanan saluran video pengguna, dimana pemilik akaunnya boleh memberikan butang tanda dan ruangan chat kepada pelanggan bulanan sahaja.

Walaupun penerimaan strim permainan mudah alih tidaklah sehebat seperti permainan komputer, namun permintaan tersebut tetap ada di kalangan pengguna. Malah syarikat Twitch juga ada melancarkan servis yang sama pada tahun lepas, dimana ia mengalakkan pengguna untuk berkongsi permainan mereka melalui aplikasi oleh Sony, yang berfungsi sama seperti yang dilancarkan oleh YouTube semalam.

Salah satu kelebihan yang dinyatakan sendiri oleh pihak pengurusan YouTube adalah, pembangun permainan tidak perlu menambah sesuatu kepada sistem permainan mereka untuk membolehkan pengguna melakukan strim, tetapi dengan hanya memuat turun aplikasi YouTube Gaming di stor aplikasi, dan tekan butang rakam sahaja untuk mula lakukan penstriman.

Format yang sama digunakan oleh Twitch, pengguna di YouTube kini boleh melanggan sebarang saluran video permainan yang mereka minati, iaitu $USD3.99 sebulan, dan pemilik akaun boleh menghantar ucapan terima kasih mereka kepada penderma secara umum, memberikan pilihan butang chat khas kepada mereka, dan akses kepada ruangan chat yang eksklusif.

Ketika ini, servis video strim itu hanya dibuka kepada beberapa pemilik akaun sahaja, dan mereka pastinya akan luaskan lagi servis tersebut kepada ramai pemain diluar sana. YouTube sudah mempunyai beribu akaun permainan dalam laman servisnya, seperti PewDiePie yang telah dinobatkan sebagai jutawan video strim permainan, yang mana juga merupakan antara pemilik akaun yang mempunyai servis langganan yang baru itu.

Mobile_Capture.0.0

Bagi para penonton pula, terdapat sedikit penambah baikan oleh YouTube telah lakukan pada servisnya. Dimana pengguna iOS contohnya boleh melihat rekod carian, serta mengetahui jika terdapat sebarang akaun video yang bermain tajuk permainan yang mereka gemari.

Bagi para pemain diluar sana, YouTube Gaming adalah pilihan terbaru anda selain daripada Twitch. Cuba dan kongsikan pengalaman anda dengan kami.

Bagi pengguna Android, anda boleh muat turun aplikasi dengan widget dibawah.

YouTube GamingGoogle LLC Hiburan PercumaMuat Turun

Untuk pengguna peranti iOS, anda boleh muat turun aplikasi YouTube Gaming di widget bawah.

icon
YouTube GamingGoogle, Inc.EntertainmentPercumaMuat Turun